Isnin, 21 Oktober 2019 | 10:43am
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI

Saham Asia dibuka tidak berubah

TOKYO: Saham Asia stabil dalam permulaan dagangan berhati-hati hari ini, sementara pound British susut disebabkan penangguhan undian penting untuk menentukan Britain berpisah daripada Kesatuan Eropah (EU).

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun tidak berubah dengan saham Australia susut 0.3 peratus.

Nikkei Jepun menokok 0.13 peratus.

Isu Brexit menimbulkan kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi global dan pergerakan perdagangan antarabangsa yang membayangi pelabur sejak beberapa bulan lalu.

Niaga hadapan minyak mentah susut susulan kebimbangan pertumbuhan ekonomi dan lebihan bekalan yang mendorong spekulator mengurangkan pegangan jangka panjang.

Mata wang pound susut dari paras tinggi lima bulan berbanding dolar dan euro selepas Parlimen British memaksa Perdana Menteri, Boris Johnson menangguh Brexit sehingga 31 Oktober ini.

Undian untuk penangguhan itu menjejaskan keyakinan bahawa perjanjian akan dimuktamadkan minggu lalu yang akan memastikan Brexit berlaku dengan sedikit gangguan ekonomi.

Walaupun kerajaan British menegaskan Brexit akan berlaku pada 31 Oktober ini, timbul ketidakpastian sama ada EU akan bersetuju dengan kelewatan itu dan bagaimana ahli parlimen Britain akan bertindak balas untuk mengimbangi sentimen sepanjang minggu ini.

“Terdapat beberapa ketidakpastian tentang Brexit, tetapi ia mungkin tidak terlalu membingungkan pelabur kerana ini bukan penolakan yang jelas mengenai perjanjian itu,” kata Ketua Strategi Pasaran CMC Markets, Michael McCarthy di Sydney.

- Reuters

Berita Harian X