Selasa, 15 Oktober 2019 | 6:28pm
Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.36 mata kepada 1,566.23 berbanding 1,567.59 pada penutupan Isnin.
Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.36 mata kepada 1,566.23 berbanding 1,567.59 pada penutupan Isnin.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan pengambilan untung

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah, diheret turun oleh aktiviti pengambilan untung di kaunter wajaran tinggi terpilih, selain keyakinan yang semakin merosot terhadap hasil rundingan perdagangan pusingan terbaharu AS-China.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.36 mata kepada 1,566.23 berbanding 1,567.59 pada penutupan Isnin.

Indeks yang dibuka 0.56 mata lebih rendah pada 1,567.03, bergerak antara 1,563.13 dan 1,568.24 di sepanjang hari.

Kedudukan pasaran bagaimanapun positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 410 berbanding 392, manakala 411 kaunter tidak berubah, 763 tidak diniagakan manakala 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.62 bilion saham bernilai RM1.73 bilion berbanding 2.99 bilion saham benilai RM1.84 bilion pada Isnin.

Di bursa serantau, Nikkei Japan meningkat 1.87 peratus kepada 22,207.21, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.07 peratus kepada 26,503.93, Kospi Korea Selatan menokok 0.04 peratus kepada 2,068.17, manakala Indeks Straits Times Singapura merosot 0.27 peratus kepada 3,116.07.

Peniaga berkata pasca perdamaian perang perdagangan AS-China yang ‘melantun’ semalam semakin hilang tarikan apabila pelabur kini menimbang langkah baharu susulan gesaan China untuk meneruskan rundingan.

Saham Asia bercampur-campur, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah selain penurunan hasil perbendaharaan US dengan pelabur kini memberi tumpuan kepada langkah seterusnya dalam rundingan perjanjian perdagangan AS-China, petunjuk daripada Sidang Kemuncak Brexit selain beberapa keputusan pendapatan bank AS minggu ini.

Di pasaran tempatan, Bursa Malaysia rendah bagi kebanyakan tempoh urus niaga apabila pelabur membuat keuntungan ekoran peningkatan kertara semalam, dengan jualan dilihat berlaku di kaunter wajaran tinggi terpilih.

“Kejatuhan bagaimanapun terhad susulan potensi peningkatan dalam tempoh terdekat apabila belian semasa harga rendah muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.51, Tenaga turun 10 sen kepada RM13.70 manakala IHH Healthcare susut 14 sen kepada RM5.63.

Public Bank menokok 10 sen kepada RM19.26 manakala Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM7.29.

Bagi kaunter paling aktif, KNM Group menambah lima sen kepada 44.5 sen, SapuraEnergy dan Bumi Armada menokok setengah sen kepada 27 sen dan 42 sen, manakala KNM warrant meningkat enam sen kepada 18.5 sen.

NetX Holdings dan PUC masing-masing merosot setengah sen kepada dua sen dan 5.5 sen.

Indeks FBM Emas menambah 5.23 mata kepada 11,156.24, Indeks FBMT 100 meningkat 0.83 mata kepada 10,968.82 manakala FBM 70 naik 43.60 mata kepada 14,069.34.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 13.60 mata kepada 11,769.33 manakala FBM Ace susut 8.63 mata kepada 4,640.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 12.01 mata kepada 15,145.93, Indeks Perladangan menambah 34.91 mata kepada 6,635.14, manakala Indeks Produk & Perkhidmatan Industri menokok 0.55 mata kepada 151.43.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.73 bilion unit bernilai RM1.56 bilion berbanding 1.82 bilion unit bernilai RM1.61 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 276.02 juta unit bernilai RM48.19 juta daripada 359.01 juta unit bernilai RM61.99 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 610.07 juta saham bernilai RM128.67 juta daripada 816.07 juta saham bernilai RM174.32 juta pada Isnin.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 222.49 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (220.26 juta), pembinaan (125.58 juta), teknologi (159.70 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (29.83 juta) 100.46 juta), perladangan (13.02 juta), REIT (15.30 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (694.89 juta), penjagaan kesihatan (17.32 juta), telekomunikasi dan media (84.89 juta), dan utiliti (11.61 juta). - BERNAMA

Berita Harian X