Selasa, 8 Oktober 2019 | 9:05am
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi pagi ini disokong nilai yen yang lebih murah tetapi dalam dagangan berhati-hati menjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang disambung semula minggu ini.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.53 peratus atau 113.38 mata pada 21,488.63 pada awal dagangan, sementara indeks Topix menokok 0.52 peratus atau 8.17 mata pada 1,580.92.

Pusingan terakhir rundingan perdagangan peringkat tinggi akan bermula Khamis ini, dengan wakil utama Beijing, Liu He akan bersemuka Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin, kata White House dalam satu kenyataan.

"Pelabur minggu ini menunggu keputusan rundingan perdagangan AS-China dan indeks Nikkei tidak mungkin bergerak dramatik," kata Okasan Online Securities dalam satu ulasan. - AFP

Berita Harian X