Khamis, 3 Oktober 2019 | 10:38am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Brent diniagakan AS$57.79 setong

SINGAPURA: Niaga hadapan minyak mentah melonjak semula hari ini, membalikkan kerugian awal susulan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global yang semakin buruk yang menjejaskan harga pada sesi sebelumnya.

Harga minyak turut disokong harapan sederhana berhubung kemajuan dalam penyelesaian perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Niaga hadapan minyak mentah Brent 10 cent lebih tinggi atau 0.2 peratus kepada AS$57.79 setong pada 0209 GMT, selepas susut dua peratus pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) naik 23 cent atau 0.4 peratus kepada AS$52.87 setong selepas susut 1.8 peratus pada Rabu.

“Apa yang mustahil untuk diabaikan adalah realiti ekonomi yang ditunjukkan dalam data pasaran kewangan terkini yang suram.

“Ia menawarkan beberapa alasan mengapa pelabur minyak mentah optimistik terhadap prospek permintaan global,” Ahli Strategi Pasaran Asset Management, Stephen Innes.

Penanda aras ekuiti mencecah paras terendah bulan ini pada Rabu sebagai petanda pertumbuhan perlahan ekonomi AS dan pendapatan lemah Eropah yang menimbulkan kebimbangan ekonomi global boleh tergelincir dalam kemelesetan.

Bagaimanapun, kejatuhan harga minyak pada Rabu ke paras rendah hampir dua bulan membuktikan peluang belian yang cukup baik untuk segelintir pelabur.

- Reuters

Berita Harian X