Selasa, 24 September 2019 | 7:40pm

Bursa Malaysia kecilkan kerugian semasa urus niaga ditutup

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengecilkan kerugian semasa urus niaga ditutup hari ini, tetapi sentimen pasaran kekal lemah disebabkan kekurangan pemangkin positif dalam pasaran.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.6 mata kepada 1,592.33.

Indeks dibuka 0.57 mata lebih tinggi pada 1,593.50 daripada 1,593.5 semasa ditutup pada Isnin dan bergerak antara 1,585.58 dan 1,593.5 sepanjang dagangan hari ini.

Secara menyeluruh, kedudukan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 425 berbanding 349, dengan 427 kaunter tidak berubah, 784 tidak diniagakan dan 23 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.96 bilion unit bernilai RM1.57 bilion daripada 2.03 bilion unit bernilai RM1.39 bilion pada Isnin.

Sentimen pasaran terjejas terutamanya oleh bacaan data ekonomi lemah daripada eurozone dan kebimbangan baharu terhadap pertumbuhan global lebih perlahan.

Penganalisis pasaran FXTM, Han Tan, berkata momentum pertumbuhan ekonomi dunia telah terjejas oleh peningkatan ketegangan perdagangan global, mendorong pelabur untuk menyimpan aset selamat pada tahap tinggi.

“Sebarang peningkatan mengejut dalam ketegangan geopolitik atau perdagangan, berserta dengan penurunan unjuran ekonomi global untuk laluannya di masa depan, dijangka kembali kepada aset selamat pada paras tertinggi pada 2019,” katanya dalam nota hari ini.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.49 peratus kepada 3,159.35, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.22 peratus kepada 26,281.0, Nikkei 225 Jepun menokok 0.09 peratus kepada 22,098.84 manakala Indeks Komposit Jakarta Indonesia turun 1.11 peratus kepada 6,137.61.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM5.70, Maxis naik empat sen kepada RM5.59, Axiata meningkat tiga sen kepada RM4.32 manakala TNB dan CIMB masing-masing kekal pada RM13.64 dan RM5.04.

Maybank turun tujuh sen kepada RM8.65, Public Bank jatuh empat sen kepada RM20.10, Petronas Chemicals susut lapan sen kepada RM7.46 dan Digi turun tiga sen kepada RM4.69.

Bagi saham aktif, Sapura Energy naik setengah sen kepada 29 sen, Velesto Energy menokok 1.5 sen kepada 32.5 sen, Eduspec dan Bumi Armada masing-masing turun satu sen kepada 4.5 sen dan 33 sen.

Indeks FBM Emas turun 0.09 mata kepada 11,252.33, Indeks FBMT 100 susut 1.31 mata kepada 11,084.52 tetapi Indeks FBM Emas Syariah melonjak 9.56 mata kepada 11,793.37.

FBM 70 meningkat 10.14 mata kepada 13,942.69 dan FBM Ace susut 12.39 mata kepada 4,559.89.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 45.83 mata kepada 6,768.28, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 44.41 mata kepada 15,409.0, dan Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian turun 0.31 mata kepada 152.94.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.17 bilion saham bernilai RM1.45 bilion berbanding 1.22 bilion saham bernilai RM1.23 bilion pada Isnin.

Bagaimanapun, jumlah dagangan waran susut kepada 307.19 juta unit bernilai RM59.05 juta daripada 425.01 juta unit bernilai RM96.69 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 501.55 juta saham bernilai RM62.79 juta daripada 384.91 juta saham bernilai RM53.88 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 133.54 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (182.73 juta), pembinaan (79.42 juta), teknologi (72.74 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.18 juta), hartanah (101.54 juta), perladangan (13.48 juta), REIT (26.37 juta), tertutup/dana (5,100), tenaga (321.64 juta), penjagaan kesihatan (17.02 juta), telekomunikasi dan media (122.09 juta), pengangkutan dan logistik (32.61 juta),dan utiliti (19.29 juta).

-- BERNAMA

Berita Harian X