Selasa, 24 September 2019 | 9:29am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah sedikit pagi ini kerana pasaran menanti pemangkin baharu untuk mendorong pasaran ekuiti ke depan sementara menunggu kedudukan bon kerajaan Malaysia dalam tinjauan Indeks Bon Dunia bulan ini.

Pada 9.13 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.83 mata kepada 1,592.10 daripada 1,592.93 semalam.

Indeks itu dibuka 0.57 mata lebih tinggi pada 1,593.50.

Kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 142 berbanding 103 dengan 175 kaunter tidak berubah, manakala 1,565 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Sejumlah 122.91 juta saham bertukar tangan bernilai RM34.36 juta. - BERNAMA

Berita Harian X