Selasa, 27 Ogos 2019 | 10:26am

Bursa Malaysia dibuka dalam jajaran kecil

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka dalam jajaran kecil hari ini berikutan sentimen berhati-hati dan pelabur terus memantau perkembangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 0.26 mata kepada 1,600.27 selepas dibuka tinggi 0.87 mata kepada 1,601.4 berbanding 1,600.53 semasa ditutup semalam.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 171 berbanding 82, dengan 160 kaunter tidak berubah, 1,565 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 143.65 juta unit bernilai RM69.24 juta.

Peniaga berkata sentimen berhati-hati terhadap prestasi pasaran dijangka berterusan dan ini mungkin mengehadkan potensi meningkat indeks utama dalam masa terdekat.

“Paras halangan indeks utama, masing-masing kekal pada 1,610 dan 1,620, manakala paras sokongan pada 1,580-1,590,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM8.62, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM6.85 dan IHH menokok 13 sen kepada RM5.83.

Public Bank dan TNB, masing-masing susut dua sen kepada RM20.78 dan RM13.68.

Bagi saham aktif, AirAsia X merosot setengah sen kepada 19 sen manakala Bumi Armada tidak berubah pada 22 sen.

Greatech dan Redtone, masing-masing menambah dua sen kepada RM1.19 dan 40.5 sen dan DRB-Hicom naik empat sen kepada RM2.64.

Indeks FBM Emas meningkat 7.631 mata kepada 11,310.48, Indeks FBM Emas Syariah menokok 2.22 mata kepada 11,814.79 dan Indeks FBMT 100 naik 6.36 mata kepada 11,144.7.

FBM Ace menambah 11.46 mata kepada 4,525.11 dan FBM 70 melonjak 41.689 mata kepada 14,038.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 28.97 mata kepada 15,654.87 dan Indeks Perladangan naik 3.36 mata kepada 6,801.44 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.04 mata kepada 147.13.

-- BERNAMA

Berita Harian X