Isnin, 26 Ogos 2019 | 1:44pm

Bursa Malaysia rendah tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah hari ini berikutan tekanan jualan di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 17.48 mata pada 1,591.85, berbanding 1,609.33 pemutup semalam.

Ia dibuka 11.05 mata lebih rendah pada 1,598.28.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 491 berbanding 88 dengan 485 kaunter kekal tidak berubah, manakala 902 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.27 bilion unit bernilai RM861.2 juta.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun lapan sen kepada RM8.56, Public Bank susut 10 sen kepada RM20.72, TNB turun 16 sen kepada RM13.60 dan Petronas Chemicals turun 18 sen kepada RM7.04.

IHH menambah lima sen kepada RM5.73.

Bagi saham aktif, Ekovest susut dua sen kepada 82.5 sen, DRB-Hicom jatuh 38 sen kepada RM2.57, Sapura susut satu sen kepada 26.5 sen dan IWC turun dua sen kepada 93 sen. - BERNAMA

Berita Harian X