Rabu, 31 Julai 2019 | 7:09pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah untuk sesi dagangan ketiga berturut-turut hari ini susulan aktiviti jualan saham perbankan dan kewangan selain turut dijejaskan oleh sentimen pasaran global yang rendah akibat perkembangan luaran yang suram, kata peniaga.

Pada 5 petang indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.82 mata kepada 1,634.87 berbanding 1,642.69 sewaktu ditutup pada Isnin, diasak minat risiko pelabur yang terus rendah.

Indeks komposit itu kebanyakannya berada dalam lingkungan negatif dan berlegar sekitar 1,626.32 dan 1,642.73 sepanjang dagangan hari ini.

FBM KLCI itu dijejaskan oleh kerugian dicatatkan saham-saham Public Bank, Sime Darby and Maybank yang mencatat penyusutan berjumlah 5.424 mata.

Ketua Penyelidikan JF Apex Securities, Lee Chung Cheng, berkata aktiviti jualan di bursa itu disebabkan terutama oleh saham berkaitan bank dan kewangan menjelang jangkaan pengumuman penurunan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

Beliau berkata, prestasi lebih lemah itu juga disebabkan oleh kehilangan rasa optimis terhadap potensi perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang turut melenyapkan harapan pemulihan pertumbuhan di peringkat global.

“Aliran penurunan itu dijangka terus ketara sehingga akhir minggu ini. Paras rintangan seterusnya adalah 1,675 manakala sokongan pada 1,625,” katanya kepada Bernama.

Seiring prestasi ekuiti global, sentimen pasaran secara keseluruhannya di Bursa Malaysia juga suram dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 603 berbanding 259 manakala 403 lain kekal tidak berubah, 921 tidak didagangkan dan 74 lain digantung,

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.75 bilion unit bernilai RM2.75 bilion daripada 2.64 bilion unit bernilai RM1.72 bilion yang dicatat pada Isnin.

Bursa tempatan dan anak syarikatnya ditutup pada Selasa bersempena acara Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing susut lapan sen kepada RM8.65 dan RM7.49 manakala IHH Healthcare dan CIMB turun satu sen kepada RM5.74 dan RM5.08.

Public Bank pula rugi 30 sen kepada RM21.90 dengan 7.75 juta saham didagangkan di tengah-tengah sentimen membabitkan tuntutan mahkamah difailkan oleh National Feedlot Corporation berhubung dakwaan kebocoran butiran akaun bank syarikat.

Saman itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 29 Julai lalu.

Selain itu, Tenaga untung 20 sen kepada RM13.82 dengan 14.63 juta saham saling berpindah tangan susulan rancangan syarikat utiliti itu untuk melakukan penyusunan semula di peringkat dalamannya.

Bagi saham aktif, Netx dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 30 sen, KNM susut satu sen kepada 40.5 sen, Priceworth rugi setengah sen kepada 6.5 sen namun Green Packet sebaliknya menokok 1.5 sen kepada 62.5 sen.

Indeks FBM Emas berkurangan 69.42 mata kepada 11,589.67, Indeks FBMT 100 susut 67.3 mata kepada 11,413.85, Indeks FBM Emas Shariah turun 49.04 mata kepada 12,002.94, dan FBM 70 kehilangan 137.68 mata kepada 14,494.35.

FBM Ace bagaimanapun meningkat 32.89 mata kepada 4,767.79.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 133.34 mata kepada 16,059, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.19 mata kepada 154.32 manakala Indeks Perladangan berkurangan 79.19 mata kepada 6,733.29.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.76 bilion saham bernilai RM2.60 bilion berbanding 1.80 bilion saham bernilai RM1.56 bilion pada Isnin.

Jumlah waran pula berkurangan kepada 413.01 juta unit bernilai RM73.83 juta daripada 546.43 juta unit bernilai RM114.57 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 570.24 juta saham bernilai RM71.04 juta berbanding 298.56 juta saham bernilai RM53.64 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 293.96 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (223.25 juta), pembinaan (116.06 juta), teknologi (126.26 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (76.04 juta) 89.57 juta), perladangan (16.11 juta), REIT (10.68 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (474.40 juta), penjagaan kesihatan (33.76 juta), telekomunikasi dan media (212.97 juta), pengangkutan dan logistik (53.88 juta) dan utiliti (33.32 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X