Jumaat, 26 Julai 2019 | 7:13pm

Saham ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini memandangkan keputusan European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah berubah, kata peniaga.

Beliau berkata, setelah mesyuarat ECB ditangguhkan, tumpuan pelabur kini terarah kepada keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berhubung penurunan kadar faedah minggu depan, yang mungkin memberi beberapa petunjuk baharu kepada pasaran.

Mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed dijadualkan bermula 30 Julai.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.62 mata atau 0.52 peratus kepada 1,647.96 daripada 1,656.58 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 2.84 mata lebih rendah kepada 1,653.74 seterusnya bergerak antara 1,647.96 dan 1,653.74 sepanjang tempoh dagangan hari ini.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 513 berbanding 367, manakala 386 kaunter tidak berubah, 662 kaunter tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.56 bilion unit bernilai RM2.05 bilion daripada 2.76 bilion unit bernilai RM2 bilion semalam.

“Pasaran juga berhati-hati menjelang rundingan perdagangan antara AS dan China yang disambung semula, dengan perunding perdagangan AS akan tiba di Shanghai dalam tempoh terdekat bagi usaha mencapai persefahaman, terutama dalam isu perdagangan dan teknologi serta geopolitik,” kata peniaga.

Pegawai AS dijangka berlepas ke China bagi perbincangan itu antara 26 Julai dan 1 Ogos ini.

Antara saham wajaran tinggi yang rugi di Bursa Malaysia ialah Public Bank turun 26 sen kepada RM22.42, Sime Darby Plantation susut 10 sen kepada RM4.72, Maxis kurang tujuh sen kepada RM5.63, manakala MISC merosot 11 sen pada RM7.24.

Bagi saham aktif, KNM menambah 1.5 sen kepada 43 sen, Netx tidak berubah pada 1.5 sen dan Only World naik tujuh sen kepada 23.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 64.90 mata kepada 11,698.42, Indeks FBMT 100 turun 66.24 mata kepada 11,519.66 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 77.55 mata kepada 12,060.49.

FBM 70 merosot 108.75 mata kepada 14,687.88, FBM Ace turun 2.34 mata kepada 4,764.77.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 113.74 mata kepada 16,317.95, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.42 mata kepada 155.79 dan Indeks Perladangan kurang 67.97 mata kepada 6,778.63.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.58 bilion saham bernilai RM1.85 bilion daripada 1.92 bilion saham bernilai RM1.86 bilion yang direkodkan semalam.

Waran merekodkan jumlah dagangan sebanyak 600.58 juta unit bernilai RM134.35 juta berbanding 378.21 juta unit bernilai RM72.39 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 372 juta saham bernilai RM68.54 juta daripada 459.72 juta saham bernilai RM71.68 juta pada Khamis.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 414.56 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (185.70 juta), pembinaan (106.21 juta), teknologi (114.63 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (35.29 juta), hartanah (69.66 juta), perladangan (22.33 juta), REIT (lapan juta), dana tertutup (1,100), tenaga (407.62 juta), penjagaan kesihatan (13.84 juta), telekomunikasi dan media (162.87 juta), pengangkutan dan logistik (30.19 juta) dan utiliti (14.05 juta). -- BERNAMA

Berita Harian X