Rabu, 24 Julai 2019 | 9:46am

Harga minyak naik, inventori AS jatuh

TOKYO: Harga minyak naik hari ini, meneruskan keuntungan selepas kumpulan industri melaporkan penurunan lebih besar daripada jangkaan dalam inventori Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 24 cents, atau 0.4 peratus pada AS$64.07 setong pada 0049 GMT, selepas menghampiri satu peratus, semalam.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS turut menambah 22 cents, atau 0.4 peratus setong, selepas meningkat kira-kira satu peratus pada sesi sebelumnya.

Simpanan minyak mentah AS susut lebih banyak daripada dijangkakan sehingga 19 Julai, penurunan sebanyak 11 juta tong kepada 449 juta, demikian menurut kumpulan peniaga Institut Petroleum Amerika (API) semalam.

Berbanding jangkaan penganalisis yang mengunjurkan penurunan sebanyak empat juta tong.

Simpanan minyak mentah di hab penghantaran Cushing, Oklahoma, susut 448,000 tong, meskipun simpanan petrol naik 4.4 juta tong, berbanding jangkaan penganalisis menerusi tinjauan Reuters iaitu penurunan sebanyak 730,000 tong.

-REUTERS

Berita Harian X