Isnin, 8 Julai 2019 | 1:55pm
Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi. - Foto hiasan
Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi. - Foto hiasan

Bursa Malaysia rendah akhiri sesi pagi

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, selari prestasi kebanyakan bursa saham di Asia Pasifik.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.99 mata kepada 1,677.54 daripada 1,682.53 pada penutupan Jumaat.

Indeks bergerak antara 1,672.88 dan 1,679.65 di sepanjang sesi pagi.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 530 berbanding 189, manakala 345 kaunter tidak berubah, 783 tidak diniagakan dan 20 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.36 bilion saham bernilai RM805.29 juta.

Di bursa serantau, Indeks Straits Times Singapura merosot 1.28 peratus kepada 3,323.88, Nikkei Jepun turun 0.89 peratus kepada 21,553.08 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.64 peratus kepada 28,301.72.

Seorang peniaga berkata, tiada pemangkin untuk FBM KLCI, yang mendorong pelabur untuk mengambil sikap berhati-hati, dan pada masa yang sama mengehadkan belian di bursa tempatan.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam notanya berkata bahawa Malaysia memerlukan projek infrastruktur mega segera dengan aliran dana asing ke dalam ekonomi untuk mengembalikan keyakinan pelabur.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.94, Public Bank susut enam sen kepada RM22.94, CIMB susut satu sen kepada RM5.36, Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM8.60 dan Petronas Dagangan tidak berubah pada RM25.60.

Sementara itu, Tenaga menokok 14 sen kepada RM13.74.

Bagi saham aktif, Ekovest merosot 5.5 sen kepada 81.5 sen, Iskandar Waterfront turun tujuh sen kepada RM1.01, Sumatec Resources turun satu sen kepada 2.5 sen, manakala KNM Group dan Sapura Energy masing-masing susut setengah sen kepada 31 sen dan 29.5 sen.

FBM 70 merosot 31.06 mata kepada 14,858.91, Indeks FBMT 100 turun 32.36 mata kepada 11,709.06 dan FBM Ace merosot 79.88 mata kepada 4,580.53.

Indeks FBM Emas turun 34.33 mata kepada 11,870.96 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 34.1 mata kepada 12,240.24.

Mengikut sektor, Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian turun 0.46 mata kepada 162.06, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 41.47 mata kepada 16,757.13 manakala Indeks Perladangan menurun 20.83 mata kepada 6,956.3.

-- BERNAMA

Berita Harian X