Jumaat, 14 Jun 2019 | 12:18pm

Saham 7-Eleven Malaysia digantung

KUALA LUMPUR: Urus niaga harian proprietari (PDT) dan jualan singkat intrahari (IDSS) saham 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd digantung sehingga hari ini, selepas saham jatuh lebih daripada 15 peratus pagi ini

Pada 9.53 pagi, harga saham 7-Eleven turun 23 sen kepada RM1.27 dengan 500 saham didagangkan.

Bursa Securities berkata, jualan pendek di bawah PDT dan IDSS hanya akan aktifkan pada jam 8.30 pagi hari dagangan berikutnya (17 Jun).

Berita Harian X