Jumaat, 7 Jun 2019 | 11:12am

Harga minyak meneruskan kenaikan

TOKYO: Harga minyak naik sekitar satu peratus hari ini untuk bergerak lebih jauh daripada paras terendah lima bulan yang dicatatkan pada awal minggu ini.

Kenaikan itu disokong oleh laporan mengenai Washington akan menangguhkan tarif perdagangan ke atas Mexico dan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan negara pengeluar lain akan melanjutkan pemotongan bekalan minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 50 cents, atau 0.8 peratus, pada AS$62.17 setong pada 0041, dengan sesi awalnya naik kepada AS$62.41. Ia naik 1.7 peratus pada Khamis.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS naik 50 cents, atau satu peratus pada AS$53.09 setong, selepas diniagakan tinggi AS$53.33. Ia berakhir 1.8 peratus lebih tinggi pada sesi sebelumnya.

Pada Rabu, Brent dan WTI susut ke paras terendah sejak pertengahan Januari, masing-masing pada AS$ 59.45 dan AS$50.60, selepas pengeluaran minyak mentah AS mencecah rekod tinggi baharu dan stok simpanan naik ke tahap tertinggi sejak Julai 2017.

-REUTERS

Berita Harian X