Rabu, 8 Mei 2019 | 9:52am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Brent AS$69.94 setong

SINGAPURA: Harga minyak kekal stabil hari ini selepas pasaran kekal ketat di tengah-tengah sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas pengeksport minyak mentah Iran dan Venezuela.

Niagahadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$61.56 setong pada 0057 GMT pada Rabu, 17 cent atau 0.3 peratus melepasi paras penutup terakhirnya.

Minyak mentah Brent berada pada AS$69.94 setong, 6 cent atau 0.1 peratus melebihi paras penutup sebelumnya.

Dengan sekatan AS ke atas Iran dan Venezuela dilaksanakan, penganalisis berkata, pasaran minyak global kekal ketat.

“Unjuran asas sokongan harga berkekalan,” kata Ketua Strategi Komoditi Saxo Bank, Ole Hansen.

AS kembali mengenakan sekatan ke atas Iran pada November tahun lalu dan meminta semua negara menghentikan import minyak daripada negara itu.

Iran mengatakan bahawa ia akan menentang sekatan itu dan terus mengeksport minyak.

- Reuters

Berita Harian X