Selasa, 7 Mei 2019 | 6:26pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi walaupun wujud kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, dengan Digi dan Axiata menjadi tumpuan susulan pelan penggabungannya.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.57 mata kepada 1,639.37 berbanding 1,632.80 pada penutupan Isnin.

Selepas dibuka 6.03 mata lebih rendah pada 1,626.77, indeks penanda aras bergerak antara 1,626.06 dan 1,641.86 di sepanjang hari.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 555 berbanding 309, manakala 373 kaunter tidak berubah, 669 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.02 bilion saham bernilai RM2.25 bilion berbanding 2.79 bilion saham bernilai RM1.70 bilion semalam.

Penganalisis berkata, prestasi Bursa Malaysia adalah sejajar dengan pasaran saham serantau, dengan pelabur mengambil kira perkembangan terbaru dalam pertikaian perdagangan AS-China yang masih berlarutan.

Perunding utama perdagangan China, Naib Perdana Menteri Liu He, dijangka bertemu pegawai AS untuk pusingan rundingan baharu minggu ini selepas Presiden AS Donald Trump memberi amaran untuk menaikkan tarif ke atas barangan China.

Dalam negara, kebanyakan kaunter kewangan lemah susulan keputusan Bank Negara Malaysia menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Maybank meningkat satu sen kepada RM8.99, RHB tidak berubah pada RM5.69, Public Bank susut lapan sen kepada RM22.48, manakala AMMB turun empat sen kepada RM4.44.

Axiata adalah kaunter paling untung berikutan perbincangan penggabungan mega yang sedang berjalan bersama Telenor Group Norway, yang menguasai 49 peratus kepentingan dalam Digi.Com.

Sahamnya melonjak 60 sen kepada RM4.64 manakala Digi meningkat 28 sen kepada RM4.80.

Bumi Armada adalah kaunter paling aktif selepas syarikat usaha sama 30 peratusnya memperoleh tender projek bernilai RM8.8 bilion. Kaunter itu meningkat setengah sen kepada 21.5 sen, dengan 403.30 juta saham didagangkan.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat 25 sen kepada RM9.05, Tenaga susut lapan sen kepada RM12.14, IHH turun dua sen kepada RM5.56 manakala Sime Darby Plantation merosot empat sen pada RM5.10.

Bagi saham aktif, Ekovest dan Lambo tidak berubah masing-masing pada 91 sen dan sembilan sen, Tiger Synergy susut setengah sen kepada 3.5 sen dan Iris meningkat setengah sen kepada 17.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 44.07 mata kepada 11,586.24, FBMT 100 menokok 39.83 mata kepada 11,416.01 manakala FBM 70 meningkat 26.12 mata kepada 14,378.43.

Indeks FBM Emas Shariah melonjak 146.95 mata kepada 11,831.81 dan Indeks FBM Ace naik 98.18 mata kepada 4,609.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 180.79 mata kepada 16,702.87, Indeks Perladangan turun 16.13 mata kepada 7,186.23, namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.85 mata kepada 168.97.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.97 bilion saham bernilai RM2.02 bilion berbanding 1.89 bilion saham bernilai RM1.52 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 578.04 juta unit bernilai RM165.19 juta berbanding 568.18 juta unit bernilai RM132.91 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 472.65 juta saham bernilai RM54.17 juta berbanding 324.63 juta saham bernilai RM52.67 juta pada Isnin.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 205.10 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (231.73 juta), pembinaan (353.06 juta), teknologi (103.56 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (46.91 juta) 151.59 juta), perladangan (23.69 juta), REIT (15.73 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (661.54 juta), penjagaan kesihatan (33.26 juta), telekomunikasi dan media (103.18 juta), dan utiliti (23.79 juta).

-- BERNAMA

Berita Harian X