Rabu, 24 April 2019 | 9:57am

Harga minyak rendah, Brent AS$74.24 setong

SINGAPURA: Harga minyak sedikit rendah hari ini berikutan petunjuk bekalan pasaran global tidak berubah meskipun melonjak paras tinggi 2019 pada minggu ini disebabkan dorongan Washington untuk mengadakan sekatan lebih ketat terhadap Iran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pada AS$74.24 setong pada 0058 GMT, susut 27 cents, atau 0.4 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS berada pada AS$66.02 setong, susut 28 cents, atau 0.4 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah meningkat pada 2019 pada awal minggu ini selepas Amerika Syarikat (AS) berkata pada Isnin bahawa akan menamatkan semua pengecualian bagi sekatan terhadap Iran.

Ia sekali gus menuntut negara berkenaan menghentikan import dari Tehran bermula Mei ini atau berdepan tindakan daripada Washington.

Sekatan AS terhadap eksport minyak Iran bermula pada November 2018.

-Reuters

Berita Harian X