Khamis, 28 March 2019 | 9:45am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia diniagakan lebih rendah pada sesi awal, mengulangi prestasi lemah semalaman di Wall Street.

Pada 9.04 pagi, indeks itu turun 0.56 mata kepada 1,642.17 daripada 1,642.73 penutup Rabu.

Bagaimanapun, ia dibuka 0.17 mata lebih tinggi pada 1,642.9 pagi ini.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter turun mengatasi naik sebanyak 103 berbanding 69 dengan 175 kaunter kekal tidak berubah, manakala 1,565 tidak diniagakan dan 86 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 70.35 juta saham bernilai RM29.76 juta.

Dalam nota hari ini, Public Investment Bank Bhd berkata FBM KLCI mungkin dibuka lebih rendah hari ini selepas saham Amerika Syarikat (AS) yang ditutup rendah.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.27, PChem naik enam sen kepada RM9.11 dan CIMB naik tiga sen kepada RM5.10.

Tenaga turun dua sen kepada RM12.56 dan PBBank turun 10 sen kepada RM23.30.

Bagi saham aktif, Sapura Energy, Vsolar dan Perdana Petroleum tidak berubah masing-masing pada 33 sen, 22 sen dan 40.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X