Selasa, 5 March 2019 | 9:53am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Harga minyak mentah susut

SINGAPURA: Harga minyak mentah susut semalam berikutan prospek yang perlahan bagi permintaan bahan api.

Bagaimanapun, usaha untuk mengurangkan bekalan yang diketuai oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memberikan sedikit sokongan kepada minyak mentah.

Niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$56.46 setong, susut 13 cents atau 0.2 peratus daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan Brent pula berada pada AS$65.60 setong, susut tujuh cents, atau 0.1 peratus.

“Sukar untuk mendapatkan keyakinan dalam harga minyak masa ini. Pasaran masih bergelut dengan lebihan yang dibawa dari separuh kedua tahun lalu dan menjadikan inventori komersial kekal melebihi purata dalam tempoh lima tahun,” kata penganalisis tenaga di TS Lombard.

Di sebalik keyakinan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan China akan mengakhiri pertikaian mereka tidak lama lagi, pertumbuhan permintaan minyak mentah masih perlahan dengan kelembapan ekonomi yang berlaku di Eropah dan Asia. -REUTERS

Berita Harian X