Selasa, 19 Februari 2019 | 6:48pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen pasaran yang lebih baik susulan peningkatan keyakinan terhadap rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang kekal positif sepanjang hari, ditutup 13.82 mata lebih tinggi kepada 1,706.56 daripada paras penutup 1,692.74 pada Isnin.

Selepas dibuka 1.29 mata lebih tinggi kepada 1,694.03, indeks tempatan bergerak antara paras 1,693.37 dan 1,710.14 sepanjang hari.

Peniaga berkata, pelabur yakin dengan kemajuan dalam rundingan antara dua ekonomi terbesar dunia itu, dengan pusingan baharu rundingan dijadualkan berlangsung di Washington pada Selasa.

“Keyakinan dalam pasaran tempatan juga mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak yang positif bagi hasil minyak dan gas negara,” katanya.

Penanda aras antarabangsa, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 5 cent kepada AS$66.52 setong manakala niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate naik 44 cent kepada AS$56.03 setong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM9.48 dan RM25, manakala Tenaga naik 32 sen kepada RM13.32 dan Petronas Chemicals menokok 33 sen kepada RM8.90.

Dalam kalangan kaunter cergas, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada 31 sen, Bumi Armada susut satu sen kepada 21.5 sen dan Ahmad Zaki Resources menokok 1.5 sen kepada 23 sen.

Suasana pasaran positif dengan 517 kaunter untung berbanding 385 kaunter rugi manakala 366 kaunter kekal tidak berubah, 586 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.80 bilion unit bernilai RM2.36 bilion, daripada 2.75 bilion unit bernilai RM1.65 bilion, yang diurusniagakan pada Isnin.

Indeks FBM Emas meningkat 89.86 mata kepada 11,870.57, Indeks FBMT 100 naik 89.18 mata kepada 11,731.14 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 140.28 mata kepada 11,844.00.

FBM 70 naik 83.68 mata kepada 14,155.64 dan Indeks FBM Ace meningkat 7.93 mata kepada 4,662.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 13.60 mata kepada 17,666.45, Indeks Perladangan naik 76.53 mata kepada 7,402.44 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 2.28 mata kepada 165.85.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.87 bilion saham bernilai RM2.18 bilion daripada 1.80 bilion saham bernilai RM1.46 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 609.05 juta unit bernilai RM120.56 juta berbanding 481.76 juta unit bernilai RM105.79 juta pada Isnin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 317.97 juta saham bernilai RM55.18 juta daripada 463.11 juta saham bernilai RM77.23 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 281.50 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (278.75 juta), pembinaan (228.49 juta), teknologi (176.09 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (67.83 juta), hartanah (132.98 juta), perladangan (51.10 juta), REITs (8.67 juta), dana tertutup (25,800), tenaga (494.80 juta), penjagaan kesihatan (46.65 juta), telekomunikasi dan media (46.08 juta), pengangkutan dan logistik (37.86 juta), dan utiliti (27.76 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X