Selasa, 19 Februari 2019 | 10:38am

WTI cecah paras tertinggi tiga bulan

SYDNEY: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tinggi dalam tempoh tiga bulan hari ini, dipacu pengeluaran pengeluaran yang diterajui oleh Pertubuhan negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$55.95 setong pada 0034 GMT, naik 36 cent atau 0.7 peratus daripada penutup terakhirnya.

Pada sesi dagangan awal, ia meningkat ke paras paling kukuh sejak 20 November kepada AS$56.33 setong.

Harga meningkat 2.2 peratus pada Jumaat, ketika sesi terakhirnya disebabkan cuti umum AS pada Isnin.

Niaga hadapan minyak mentah Brent belum memulakan dagangan. Ia ditutup 0.4 peratus lebih tinggi semalam, selepas mencecah paras tertingginya sejak 20 November iaitu AS$66.83 setong.

“OPEC dan pengeluar utama lain sudah melakukan tugas mereka untuk menstabilkan harga dengan mengehadkan pengeluaran,” kata Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Alfonso Esparza.

“Gangguan dalam bekalan minyak mentah menyaksikan harga lebih tinggi walaupun AS meningkatkan tahap pengeluaran, selain permintaan global lebih rendah”.

Eksport minyak mentah Arab Saudi susut pada Disember kepada 7.690 juta tong sehari (bpd) daripada 8.235 juta bpd pada November, demikian menurut data yang diumumkan pada Isnin.

- Reuters

Berita Harian X