Khamis, 7 Februari 2019 | 7:04pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi secara menyeluruh hari ini, didorong oleh momentum belian yang positif oleh pelabur yang kembali ke pasaran selepas cuti Tahun Baru Cina, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,693.39 mata, naik 9.78 mata daripada 1,683.61 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 4.39 mata kepada 1,688 dan bergerak antara 1,685.66 dan 1,693.48 sepanjang hari.

Suasana pasaran secara keseluruhan terus meningkat apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 443 berbanding 261 manakala 338 kaunter tidak berubah, 812 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 1.42 bilion saham bernilai RM1.2 bilion daripada 1.03 bilion saham bernilai RM880.66 juta pada Isnin.

Pasaran di Hong Kong, tanah besar China dan kebanyakan Asia Tenggara ditutup sempena cuti Tahun Baru Cina.

Public Investment Bank Bhd berkata pasaran serantau kebanyakannya naik pada Rabu susulan peningkatan di Wall Street yang didahului oleh syarikat teknologi.

"Terdapat juga sedikit, jika ada, tindak balas segera kepada ucapan State of the Union oleh Presiden AS Donald Trump," menurut firma penyelidikan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank meningkat dua sen kepada RM9.59, Public Bank naik empat sen kepada RM24.86 dan Tenaga menambah 48 sen kepada RM13.42.

Daripada saham aktif, Bumi Armada naik 2.5 sen kepada 22.5 sen, Seacera dan Sino Hua-An, masing-masing menokok dua sen kepada 27 sen dan 19.5 sen, manakala Sapura Energy tidak berubah pada 26.5 sen.

Indeks FBM Emas naik 80.28 mata kepada 11,753.42, Indeks FBMT 100 meningkat 76.53 mata kepada 11,632.96, Indeks FBM Emas Shariah menambah 98.52 mata kepada 11,641.67, FBM 70 melonjak 130.58 mata kepada 14,005.57 dan Indeks FBM Ace meningkat 43.8 mata kepada 4,516.98.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menambah 69.35 mata kepada 17,639.16, Indeks Perladangan menokok 51.06 mata kepada 7,319.77 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.02 mata kepada 161.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.11 bilion saham bernilai RM1.15 bilion daripada 749.51 juta saham bernilai RM818.57 juta pada Isnin.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 120.26 juta unit bernilai RM15.1 juta daripada 181.12 juta unit bernilai RM43.61 juta pada Isnin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 187.38 juta saham bernilai RM29 juta daripada 104.37 juta saham bernilai RM18.26 juta pada Isnin.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 161.99 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (196.08 juta), pembinaan (58.75 juta), teknologi (105.37 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (33.06 juta), hartanah (56.6 juta), perladangan (36.22 juta), REIT (7.86 juta), dana tertutup (19,300), tenaga (343.02 juta), penjagaan kesihatan (14.24 juta), telekomunikasi dan media (51.03 juta), pengangkutan dan logistik (34.83 juta) dan utiliti (19.94 juta). - BERNAMA

Berita Harian X