Rabu, 16 Januari 2019 | 10:07am
Harga minyak mentah Amerika Syarikat didagangkan rendah hari ini. - Foto hiasan
Harga minyak mentah Amerika Syarikat didagangkan rendah hari ini. - Foto hiasan

Harga minyak AS susut

SYDNEY: Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) didagangkan rendah hari ini selepas mencatat kenaikan lebih tiga peratus pada sesi sebelumnya.

Ia berikutan tekanan disebabkan oleh kebimbangan mengenai unjuran ekonomi global.

Niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$51.82 setong, susut 29 cents, atau 0.5 peratus daripada penutup akhirnya.

Manakala penanda aras minyak mentah antarabangsa Brent masih belum didagangkan.

Selasa lalu, harga minyak mentah meningkat tiga peratus selepas Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Kebangsaan China memberi petunjuk kesudian menawarkan lebih banyak rangsangan kewangan susulan angka dagangan yang lebih rendah daripada jangkaan yang dicatatkan awal minggu ini.

Bagaimanapun, tawaran itu hanya memberikan sokongan sementara kepada harga minyak mentah di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kesan konflik dagang AS-China. - REUTERS

Berita Harian X