Isnin, 7 Januari 2019 | 10:04am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Harga minyak mentah meningkat satu peratus

SINGAPURA: Harga minyak mentah meningkat sekitar satu peratus hari ini, disokong oleh keyakinan bahawa rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan meredakan perang dagangan dua negara berkenaan.

Ia turut dipengaruhi oleh pengurangan bekalan oleh pengeluar utama.

Niaga hadapan Brent berada pada AS$57.61 setong pada 0111 GMT, naik 55 cents, atau satu peratus daripada penutup terakhirnya.

Manakala niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada AS$48.49 setong, naik 53 cents, atau 1.1 peratus.

Pasaran kewangan mendapat sokongan berikutan jangkaan rundingan dagangan bersemuka antara delegasi daripada Washington dan Beijing yang dijangka bermula hari ini.

Rundingan berkenaan akan meredakan ketegangan antara dua ekonomi terbesar di dunia itu.

Bank AS, J.P. Morgan dalam satu nota minggu lalu berkata permulaan 2019 membawa risiko penurunan yang lebih besar.

“Jangkaan pertumbuhan global sebanyak tiga peratus dalam tempoh dua suku akan datang juga dilihat amat mencabar,” katanya.

Menurut tinjauan Reuters, bekalan minyak Pertubuhan Negara Pengeskport Petroleum (OPEC) susut pada Disember sebanyak 460,000 tong sehari kepada 32.68 juta tong sehari. -REUTERS

Berita Harian X