Selasa, 27 November 2018 | 12:23pm
- Foto genting.com

Jualan singkat Genting Malaysia digantung

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengumumkan, perdagangan hari proprietari (PDT) dan jualan singkat intrahari (IDSS) saham Genting Malaysia digantung untuk baki hari ini berikutan harga dagangan terakhir yang diluluskan jatuh lebih 15 sen atau 15 peratus berbanding harga rujukannya.

Aktiviti PDT dan IDSS hanya akan dibolehkan esok jam 8.30 pagi, kata Bursa Malaysia dalam pengumuman khas di laman webnya.

Genting Malaysia yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Fox dan Disney kerana menarik diri daripada perjanjian untuk menaja taman tema Fox World di luar Kuala Lumpur.

Genting Malaysia menuntut ganti rugi lebih AS$1 bilion (RM4.19 bilion), mendakwa Disney tidak mahu dikaitkan dengan perniagaan perjudiannya berikutan syarikat gergasi Hollywood itu akan memuktamadkan pengambilalihan aset hiburan 21st Century Fox.

Genting Malaysia dilaporkan sudah melabur AS$750 juta dalam taman itu, yang dijangka dibuka pada 2020.

Berita Harian X