Selasa, 30 Oktober 2018 | 7:43am

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah dalam sesi dagangan berubah-ubah, dengan S&P 500 ditutup hampir ke paras pembetulan kedua 2018.

Ia disebabkan beberapa faktor termasuk kebimbangan berhubung ketegangan perdagangan yang semakin memuncak antara AS dan China dan kejatuhan ketara dalam nama gergasi dalam teknologi dan internet.

Dow Jones Industrial Average susut 245.39 mata, atau 0.99 peratus, kepada 24,442.92.

S&P 500 turun 17.44 mata, atau 0.66 peratus, kepada 2,641.25,

Nasdaq Composite susut 116.92 mata, atau 1.63 peratus, kepada 7,050.29.

Saham syarikat teknologi utama seperti Amazon.com Inc, Alphabet Inc dan Netflix Inc mencatat penyusutan ketara.

Sektor teknologi S&P 500 turun 1.8 peratus. - Reuters

Berita Harian X