Khamis, 6 September 2018 | 10:27am

Harga minyak susut

SINGAPURA: Harga minyak susut dalam dagangan awal hari ini berikutan tekanan dalam pasaran baru muncul mempengaruhi sentimen.

Ia juga didorong oleh tarikh akhir yang semakin hampir bagi satu lagi pusingan baharu pelaksanaan cukai Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan China yang bernilai AS$200 bilion lagi.

Niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$68.47 setong, susut 25 cents, atau 0.4 peratus daripada penutup akhirnya.

Niaga hadapan Brent pula susut 27 cents, atau 0.4 peratus kepada AS$770 setong.

Kelemahan pasaran baru muncul yang semakin meluas memberi kesan kepada prospek pertumbuhan ekonomi global.

Sementara itu, pandangan umum mengenai kemungkinan cukai AS terhadap barangan China yang bernilai AS$200 bilion lagi berakhir hari ini dengan jangkaan Presiden Donald Trump akan melaksanakan cukai tambahan itu. -REUTERS

Berita Harian X