Rabu, 5 September 2018 | 3:30pm

Saham KL susut 0.3 peratus pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.3 peratus lebih rendah kepada 1,807.26 susulan tekanan jualan berterusan dikebanyakan kaunter berkaitan indeks, menjejaki pergerakan bursa Asia, kata peniaga.

Antara kaunter berkenaan, Maybank, susut empat sen kepada RM9.99, SimePLT dan IOICorp masing-masing susut enam sen kepada RM5.20, RM4.45 manakala CIMB turun tiga sen kepada RM6.07.

FBM KLCI bergerak antara 1,802.73 dan 1,807.41 sepanjang sesi pagi.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 465 berbanding 284, manakala 374 kaunter tidak berubah, 750 kaunter tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.5 bilion saham bernilai RM1.12 bilion.

Seorang peniaga berkata pasaran serantau lemah pada sesi pagi Rabu, mengambil petunjuk daripada Wall Street yang mencatatkan kerugian pada Selasa.

"Ringgit yang lemah juga mungkin memberi kesan buruk ke atas pasaran saham ketika pelabur bimbang mengenai ketegangan perdagangan dan ketidakstabilan dalam pasaran pesat membangun," katanya.

Kaunter aktif diketuai MyEG, meningkat sembilan sen kepada RM1.68, Pesona menambah dua sen kepada 51 sen, BornOil tidak berubah pada enam sen, manakala SapNRG susut satu sen keada 35 sen.

Bagi kaunter rugi, Nestle turun 30 sen kepada RM147.10, PetDag merosot 24 sen kepada RM26.76, SuperMx turun 19 sen kepada RM3.25 dan DLady merosot 14 sen kepada RM66.20.

Indeks FBM Emas turun 33.87 kepada 12,645.21, Indeks FBMT 100 susut 35.73 mata kepada 12,449.23, Indeks FBM Emas Shariah merosot 4.56 mata kepada 12,751.89 manakala FBM 70 turun 35.09 mata kepada 15,063.76. Indeks FBM Ace susut 11.75 mata kepada 5,240.80.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 82.78 mata kepada 17,918.53, Indeks Perladangan turun 45.58 mata kepada 7,485.21, manakala Indeks Perusahaan meningkat 2.31 mata kepada 3,218.58. - BERNAMA

Berita Harian X