Selasa, 4 September 2018 | 7:23pm
BURSA Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini. - Foto hiasan
BURSA Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini. - Foto hiasan

Bursa Malaysia ditutup lebih rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan antarabangsa yang meruncing, tetapi prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif menyediakan sokongan kepada bursa tempatan.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.82 mata atau 0.04 peratus kepada 1,812.76 selepas turun naik antara paras 1,809.24 dan 1,813.94 sepanjang hari dagangan.

Indeks itu dibuka rendah turun 0.83 mata kepada 1,812.75 daripada paras penututp 1,813.58 pada Isnin.

Hang Seng Hong Kong meningkat 0.81 peratus kepada 27,937.28 dan Kospi Korea naik 0.38 peratus kepada 2,315.72.

Seorang peniaga berkata selain dasar perdagangan tidak menentu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang boleh menjejaskan lagi hubungan perdagangan antara blok ekonomi utama, perkembangan terkini di Argentina telah menyebabkan pelabur mengalih tumpuan kepada pasaran sedang pesat membangunkan.

“Justeru, minat risiko pelabur merosot disebabkan faktor-faktor ini,” jelasnya.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 492 berbanding 398, dengan 400 kaunter tidak berubah dan 23 kaunter tidak diniagakan.

Jumlah dagangan turun kepada 2.41 bilion unit bernilai RM2.01 bilion daripada 2.65 bilion unit bernilai RM1.68 bilion pada Isnin.

Dalam kalangan saham indeks utama, PBBank naik enam sen kepada RM25.18, Tenaga meningkat dua sen kepada RM15.72, Maybank susut tiga sen kepada RM9.99, PChem jatuh dua sen kepada RM9.49 dan CIMB tidak berubah pada RM6.10.

Dalam kalangan kaunter cergas, SapNRG menokok 1.5 sen kepada 36 sen. DBE dan BornOil setiap satu menambah setengah sen masing-masing kepada 3.5 sen dan enam sen manakala MyEG meningkat sembilan sen kepada RM1.59.

Indeks FBM Emas naik 7.08 mata kepada 12,679.08, Indeks FBMT 100 susut 1.46 mata kepada 12,484.97, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 1.77 mata kepada 12,756.45, FBM 70 menokok 14.21 mata kepada 15,098.85 dan Indeks FBM Ace menambah 89.69 mata kepada 5,252.55.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 36.56 mata kepada 18,001.31, Indeks Perladangan naik 11.48 mata kepada 7,530.79 dan Indeks Perusahaan berkurangan 0.28 mata kepada 3,216.27.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.54 bilion saham bernilai RM1.76 bilion daripada 1.44 bilion saham bernilai RM1.45 bilion yang diniagakan pada Isnin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 588.32 juta unit bernilai RM176.3 juta daripada 591.33 juta unit bernilai RM157.45 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 278 juta saham bernilai RM56.87 juta daripada 614.03 juta saham bernilai RM72.36 juta.

Barangan pengguna menyumbang 197.13 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (315.90 juta), pembinaan (121.0 juta), perdagangan dan perkhidmatan (612.13 juta), teknologi (96.72 juta), prasarana (7.30 juta), SPAC (1.26 juta), kewangan (41.60 juta), hotel (531,300), hartanah (126.32 juta), perladangan (17.09 juta), perlombongan (29,900), REITs (6.02 juta) dan dana tertutup (6,700). -BERNAMA

Berita Harian X