Isnin, 27 Ogos 2018 | 9:58am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini susulan kerugian yang dicatatkan dalam saham mewah yang diterajui Axiata, sekali gus mengheret indeks komposit lebih rendah.

Pada jam 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 2.24 mata lebih rendah kepada 1,806.35 daripada penutup Jumaat iaitu 1,808.59.

Indeks dibuka 0.99 mata lebih rendah kepada 1,807.06.

Axiata, yang mencatatkan keputusan kewangan separuh pertama kurang memberangsangkan dengan keuntungan teras merosot 33 peratus kepada RM431 juta, mengheret indeks komposit sebanyak 2.752 mata selepas sahamnya susut 17 sen kepada RM4.55, dengan 30,800 saham diniagakan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 145 kepada 121 dengan 174 kaunter tidak berubah, 1,433 tidak diniagakan dan 20 lagi digantung.

Jumlah dagangan berada pada 203.05 juta saham bernilai RM56.82 juta.

-- BERNAMA

Berita Harian X