Rabu, 15 Ogos 2018 | 9:33am

Harga minyak mentah susut

SINGAPURA: Harga minyak mentah susut hari ini, dipengaruhi oleh laporan peningkatan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan unjuran ekonomi yang tidak memberangsangkan menyebabkan jangkaan permintaan bahan api yang rendah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$72.14 setong, susut 32 cents, atau 0.4 peratus daripada penutup semalam.

AS West Texas Intermediate (WTI) pula susut 34 cents, atau 0.5 peratus kepada AS$66.70 setong.

Bekalan minyak mentah AS meningkat sebanyak 3.7 juta tong dalam minggu berakhir 10 Ogos lalu kepada 410.8 juta tong, menurut Institut Petroleum AS (API) semalam.

Menurut API, bekalan minyak mentah di pusat penghantaran, Cushing, Oklahoma juga meningkat sebanyak 1.6 juta tong.

“Harga minyak susut selepas data inventori API menunjukkan peningkatan bekalan minyak mentah di luar jangkaan minggu lalu,” kata Penganalisis Pelaburan di Rivkin Securities Australia, William O'Loughlin.

Data rasmi inventori bahan api AS dijangka dikeluarkan lewat petang ini. -REUTERS

Berita Harian X