Selasa, 14 Ogos 2018 | 5:50pm

Pasaran Asia ditutup bercampur-campur

SYDNEY: Pasaran saham Asia bergelut untuk mencatat keuntungan berikutan kejatuhan lira Turki, walaupun sentimen mengambil gambaran daripada data ekonomi China yang mencatatkan pertumbuhan kurang membarangsangkan daripada jangkaan.

Jualan runcit, pengeluaran perindustrian dan pelaburan perbandaran tumbuh kurang daripada jangkaan pada Julai, satu kekecewaan yang menyaksikan keperluan untuk lebih banyak rangsangan dasar di China walaupun risiko perdagangan semakin meningkat.

Indeks saham Shanghai turun 0.9 peratus dan menekan indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun yang berkurangan 0.25 peratus.

Bagi kaunter lain, Nikkei Jepun meningkat 2.3 peratus, Australia menambah 0.8 peratus.

Niaga hadapan e-mini untuk S & P 500 masih dalam jajaran mengecil manakala hasil Perbendaharaan 10 tahun mencatat 2.88 peratus. Pemerhati pula menjangkakan pasaran Eropah akan dibuka kukuh dengan niaga hadapan FTSE London naik 0.3 peratus.

Wall Street, Down mengakhiri dagangan Isnin dengan susut 0.5 peratus, manakala S & P 500 turun 0.4 peratus dan Nasdaq hilang 0.25 peratus.

Lira Turki diniagakan pada 6.70 setiap dolar, naik 2.6 peratus, selepas bank pusat negara itu menyatakan kesungguhan untuk menyediakan kecairan dan memotong keperluan rizab bagi bank.

Namun, ia masih hilang hampir 10 peratus pada Isnin dan menyusut lebih dua perlima daripada nilai setakat ini pada 2018.

Keadaan itu merebak ke mata wang rand Afrika Selatan dan peso Argentina. Bank pusat Argentina terkejut dengan kenaikan faedah sebanyak 5.0 peratus pada Isnin, namun ia masih tidak mencukupi untuk menghentikan peso daripada mencecah paras rendah.

Ketua strategi pelaburan di Perpetual, Matt Sherwood berkata walaupun tumpuan kini adalah di Turki yang mana kejatuhan nilai mata wang lira dan kenaikan kadar faedah menghimpit pasaran, ia boleh mereka ke Mexico, Brazil dan India. - Reuters

Berita Harian X