Selasa, 14 Ogos 2018 | 5:29pm

Harga minyak naik, Brent AS$73.21 setong

LONDON: Harga minyak naik hari ini selepas Arab Saudi mengurangkan pengeluaran pada Julai, walaupun kebimbangan mengenai kelembapan pertumbuhan ekonomi global terus mengatasi pasaran.

Penanda aras minyak mentah Brent naik 60 cent kepada AS$73.21 setong pada 0745 GMT. Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) didagangkan 60 cent lebih tinggi kepada AS$67.80.

Arab Saudi memberitahu Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bahawa ia mengurangkan keluaran mentah sebanyak 200,000 tong sehari (bpd) kepada 10.29 juta tong pada Julai.

OPEC sendiri, menggunakan sumber sekunder, dengan pengeluaran Arab Saudi berada pada paras lebih tinggi iaitu 10.39 juta bpd bulan lalu.

Arab Saudi adalah pengeluar terbesar OPEC dan satu-satunya pengeksport utama yang mudah menyesuaikan bekalan untuk mengimbangi bekalan global.

Pengeluaran Arab Saudi yang rendah datang ketika jangkaan bahawa penurunan eksport dari Iran kerana AS meningkatkan sekatan terhadap industri minyak Tehran.

Namun pengeluaran dari negara bukan OPEC, khususnya AS meningkat dengan mendadak mengatasi permintaan minyak di negara OPEC.

OPEC menjangkakan bekalan minyak oleh negara di luar sekutu itu meningkat sebanyak 2.13 juta bpd tahun depan, 30,000 bpd lebih tinggi berbanding jangkaan bulan lalu, dengan peningkatan mendadak dari pengeluaran loji AS.

Pengeluaran minyak AS dari tujuh loji utama dijangka meningkat 93,000 bpd pada September kepada 7.52 juta bpd, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS dalam laporan bulanan pada Isnin.

Pada dasarnya, permintaan minyak dunia juga meningkat namun tidak sepantas peningkatan pengeluaran.

Laporan OPEC menyatakan, ia menjangkakan permintaan minyak dunia meningkat 1.43 juta bpd pada 2019, turun daripada 1.64 juta bpd pada 2018. - Reuters

Berita Harian X