Selasa, 14 Ogos 2018 | 9:46am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Harga minyak mentah meningkat

SINGAPURA: Harga minyak mentah meningkat hari sini selepas laporan daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengesahkan bahawa pengeksport utama, Arab Saudi telah mengurangkan pengeluaran bagi meredakan krisis lebihan bekalan.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$72.87 setong, naik 26 cents, atau 0.4 peratus daripada penutup akhirnya.

AS West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 32 cents, atau 0.5 peratus kepada AS$67.52 setong.

Julai lalu, Arab Saudi memberitahu kumpulan pengeluar OPEC bahawa ia telah mengurangkan pengeluarannya sebanyak 200,000 tong sehari kepada 10.288 juta tong sehari.

Laporan bulanan OPEC yang diterbitkan semalam yang menggunakan data daripada sumber peringkat kedua mengesahkan pengurangan bekalan dari Arab Saudi itu.

Menurut peniaga, langkah itu mencetuskan aliran menaik dalam harga minyak mentah pada dagangan hari ini. - REUTERS

Berita Harian X