Selasa, 7 Ogos 2018 | 7:05pm

Bursa Malaysia ditutup positif

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini pada catatan positif, mengambil petunjuk dari bursa Asia susulan kenaikan semalaman di Wall Street disokong​​​​​​ ​musim pelaporan kewangan dengan syarikat merekodkan prestasi keuntungan kukuh.

Peniaga berkata, pasaran saham tempatan turut didorong aliran menaik harga minyak mentah selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan semula sekatan ke atas Iran.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.34 mata atau 0.64 peratus kepada 1,791.09 daripada 1,779.75 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 4.59 mata lebih tinggi kepada 1,784.34 serta bergerak antara 1,782.22 dan 1,791.98 sepanjang hari ini.

Lingkungan pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 576 berbanding 328 manakala 424 kaunter tidak berubah, 553 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 2.53 bilion unit bernilai RM2.32 bilion berbanding 2.12 bilion unit bernilai RM1.70 bilion semalam.

Peniaga berkata, S&P 500 Wall Street semalaman, yang ditutup pada paras tertinggi sejak 29 Januari 2018 telah menambah baik sentimen pelabur di peringkat global.

Di peringkat rantau, Indeks Straits Times Singapura naik 1.80 peratus kepada 3,344.63, Nikkei Jepun bertambah 0.69 peratus kepada 22,662.74 dan Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 1.54 peratus kepada 28,248.88.

Mengenai langkah Washington untuk mengenakan semula sekatan ke atas Iran, peniaga berkata ia telah meningkatkan harga minyak mentah, mendorong penanda aras, minyak mentah Brent kepada AS$74.13 setong setakat 5.19 petang hari ini.

“Ini akan menjadi petanda baik bagi Malaysia sebagai pengeksport bersih minyak dan gas,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM9.89, Public Bank dan Tenaga masing-masing bertambah enam sen kepada RM24.32 dan RM15.50, Petronas Chemicals meningkat empat sen kepada RM9.05 dan CIMB menokok tiga sen kepada RM5.83.

Antara saham aktif, Frontken dan MRCB masing-masing naik empat sen kepada 64 sen dan 79.5 sen, Sino Hua-An bertambah tiga sen kepada 32 sen, Iris bertambah satu sen kepada 17.5 sen manakala Borneo Oil tidak berubah pada enam sen.

Far East mendahului senarai saham untung apabila meningkat 70 sen kepada RM13.20, diikuti BAT naik 58 sen kepada RM34.36 manakala Petronas Gas, United Plantations dan BLD Plantation masing-masing bertambah 38 sen kepada RM19.00, RM27.40 dan RM7.44.

Indeks FBM Emas meningkat 80.21 mata kepada 12,665.51, Indeks FBMT 100 menokok 76.10 mata kepada 12,447.52, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 114.21 mata kepada 12,822.90, FBM 70 naik 84.49 mata kepada 15,475.11 dan Indeks FBM Ace bertambah 23.90 mata kepada 5,422.23.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 82.21 mata kepada 7,709.21, Indeks Kewangan menokok 36.83 mata kepada 17,505.93 dan Indeks Perusahaan naik 21.55 mata kepada 3,284.62.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.68 bilion saham bernilai RM2.10 bilion daripada 1.15 bilion saham bernilai RM1.50 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran bagaimanapun susut kepada 408.85 juta unit bernilai RM95.67 juta daripada​​​​​​​ 428.44 juta unit bernilai RM112.82 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 438.62 juta saham bernilai RM130.57 juta daripada 534.81 juta saham bernilai RM88.39 juta pada Isnin.

Barangan pengguna menyumbang 56.09 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (273.33 juta), pembinaan (178.23 juta), perdagangan dan perkhidmatan (532.72 juta), teknologi (327.74 juta), infrastruktur (21.63 juta), SPAC (1.23 juta), kewangan (43.88 juta), hotel (2.08 juta), hartanah (210.41 juta), perladangan (28.30 juta), perlombongan (41,200), REIT (6.29 juta) dan dana tertutup (15,000).

-- BERNAMA

Berita Harian X