Isnin, 6 Ogos 2018 | 1:51pm

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah berbanding bursa serantau pada tengah hari, susulan aktivti pengambilan untung sederhana di kaunter saham mewah dan saham bermodal kecil.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.55 mata kepada 1,778.54 berbanding 1,780.09 pada penutupan Jumaat lepas.

Indeks dibuka 1.67 mata lebih kukuh kepada 1,781.76 dan bergerak antara 1,777.98 dan 1,780.09 sepanjang dagangan pagi.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 321 berbanding 237, manakala 526 kaunter tidak berubah, 810 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.13 bilion unit bernilai RM650.40 juta.

Seorang peniaga berkata pengambilan untung ketara, dengan sebilangan pelabur membuat keuntungan selepas peningkatan di bursa tempatan baru-baru ini.

Dalam notanya hari ini, Public Investment Bank Bhd berkata penurunan sederhana melepasi paras baharu 1,762, dianggap sihat, jika indeks utama melalui aktiviti pengambilan untung.

"Tahap sokongan untuk indeks ialah 1,762, 1,742 dan 1,735 mata, manakala paras rintangan berada pada 1,783, 1,793 dan 1,810 mata," katanya.

Di bursa serantau, Nikkei Jepun meningkat 0.02 peratus kepada 22,529.48, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.80 peratus kepada 3,291.85 dan Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.70 peratus kepada 27,870.07.

Bagi saham wajaran tinggi, IHH Healthcare merosot tujuh sen kepada RM5.83, Maxis turun enam sen kepada RM5.62, Petronas Gas susut 20 sen kepada RM18.88, Digi turun lima sen kepada RM4.53 manakala Dialog susut empat sen pada RM3. 34.

Dalam kalangan kaunter cergas, Frontken menokok tiga sen kepada 59 sen, Key Asic dan RGB masing-masing naik satu sen kepada 20.5 sen dan 29.5 sen manakala Eden merosot setengah sen kepada 37 sen dan KPS turun tujuh sen kepada RM1.83.

United Plantations mengetuai senarai saham rugi apabila susut 98 sen kepada RM26.90, diikuti Hong Leong Industries yang merosot 44 sen kepada RM11.04, Hong Leong Financial turun 18 sen kepada RM17.96 dan Gamuda susut 16 sen kepada RM3.72.

Time Dotcom pula merosot 15 sen kepada RM8.20.

Indeks FBM Emas turun 14.42 mata kepada 12,586.06, Indeks FBMT 100 susut 16.13 mata kepada 12,371.52 manakala Indeks Syariah FBM Emas turun 36.67 mata kepada 12,707.79.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 14.34 mata kepada 7,609.05, Indeks Perusahaan meningkat 3.29 mata pada 3,279.41 dan Indeks Kewangan menokok 7.53 mata kepada 17,448.0.

- BERNAMA

Berita Harian X