Selasa, 31 Julai 2018 | 9:44am

Peningkatan pengeluaran OPEC jejas harga minyak dunia

TOKYO: Harga minyak jatuh pada awal dagangan hari ini selepas laporan bagi Julai menunjukkan pengeluaran Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mencapai paras tertinggi pada 2018.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 7 cent kepada AS$74.90 setong pada 0109 GMT selepas meningkat 68 cent atau 0.9 peratus pada sesi terdahulu.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh 6 cent kepada AS$70.08, selepas naik lebih dari 2 peratus pada sesi sebelumnya.

Tinjauan Reuters menunjukkan OPEC meningkatkan pengeluaran pada Julai.

OPEC menaikkan pengeluaran sebanyak 70,000 tong sehari kepada 32.64 juta tong sehari, tertinggi pada 2018. - Reuters

Berita Harian X