Selasa, 24 Julai 2018 | 6:27pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi dengan sokongan belian dilihat di semua kaunter seiring dengan bursa saham serantau, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,762.93, naik 4.97 mata berbanding 1,757.96 ketika ditutup pada Isnin.

Ia bergerak antara 1,756.90 dan 1,764.57 sepanjang sesi selepas dibuka 0.42 mata lebih rendah kepada 1,757.54.

Suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 573 berbanding 383 dengan 425 kaunter tidak berubah, 554 tidak diniaga dan 39 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.34 bilion unit bernilai RM2.68 bilion berbanding 3.13 bilion unit bernilai RM2.24 bilion pada Isnin.

Peniaga berkata, saham Malaysia menjejaki saham Asia yang meningkat hari ini, mengulangi kenaikan semalam yang dilihat di Wall Street, di tengah-tengah kenaikan dalam saham teknologi AS yang menyaksikan sektor itu mencatat paras tertinggi, di samping peningkatan hasil perbendaharaan selama 10 tahun.

Di pasaran tempatan, Bursa Malaysia dirangsang oleh kenaikan, terutama dalam saham telekomunikasi dan perladangan, katanya.

Kaunter berkaitan indeks, iaitu Axiata dan Sime Darby Plantantion menolak naik indeks 3.163 mata lebih tinggi.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun naik 0.51 peratus kepada 22510.48, Indeks Straits Times Singapura turun 0.07 peratus kepada 3,291.47, Kospi Korea Selatan meningkat 0.48 peratus kepada 2,280.20, manakala Indeks Hang Seng Hong Kong menambah 1.44 peratus kepada 28,662.57.

Bagi saham wajaran tinggi, Public Bank menokok dua sen kepada RM23.98, Maybank merosot empat sen kepada RM9.77, Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM8.80 manakala Tenaga dan CIMB masing-masing kekal pada RM14.78 dan RM5.86.

Di kalangan saham aktif, Radiant Globaltech yang baru disenaraikan naik 30 sen kepada 53 sen, Trive Property untung setengah sen kepada 2.5 sen, MRCB menambah enam sen kepada 78 sen, Cuscapi naik 3.5 sen kepada 30 sen dan MyEG menokok dua sen kepada RM1.32.

Bagi kaunter paling untung, Vitrox melonjak 71 sen kepada RM6.50, Petronas Dagangan naik 30 sen kepada RM26.30 sen dan PPB Group menambah 28 sen kepada RM16.78.

Indeks Emas FBM meningkat 47.22 mata kepada 12,533.83, Indeks FBMT100 menokok 42.98 mata kepada 12,311.23 dan Indeks Syariah Emas FBM menambah 75.05 mata kepada 12,672.21.

FBM70 melonjak 84.90 mata kepada 15,527.41 dan Indeks FBM Ace naik 42.98 mata kepada 5,482.38.

Dari segi sektor, Indeks Perindustrian mencatat 18.08 mata lebih tinggi kepada 3,236.89, Indeks Kewangan susut 6.34 mata kepada 17,348.75 manakala Indeks Perladangan menambah 68.01 mata kepada 7,568.58.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.19 bilion saham bernilai RM2.30 bilion berbanding 1.95 bilion saham bernilai RM1.85 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 510.66 juta unit bernilai RM136.45 juta, berbanding 629.45 juta unit bernilai RM209.46 juta pada Isnin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 647.17 juta saham bernilai RM250.31 juta berbanding 550.37 juta saham bernilai RM173.73 juta semalam.

Produk pengguna menyumbang 73.73 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk industri (373.12 juta), pembinaan (251.64 juta), perdagangan dan perkhidmatan (634.32 juta), teknologi (411.63 juta), infrastruktur (19.23 juta), SPAC (1.41 juta ), kewangan (53.54 juta), hotel (1.22 juta), hartanah (338.50 juta), perladangan (23.72 juta), perlombongan (28,100), REIT (6.61 juta) dan tertutup/dana (213,700).

-BERNAMA

Berita Harian X