Selasa, 17 Julai 2018 | 6:36pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan minat belian di kaunter-kaunter berkaitan kewangan, selari prestasi bercampur-campur bursa serantau, selain perang tarif antara Amerika Syarikat-China, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi harian pada 1,737.28, meningkat 10.61 mata berbanding 1,726.67 pada penutupan Isnin.

Indeks utama bergerak antara 1,726.04 dan 1,737.28 di sepanjang hari.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran Asia secara umumnya becampur-campur dengan pasaran saham Korea dan China ditutup rendah manakala ekuiti Jepun ditutup tinggi.

"Pasaran kini menunggu pengumuman Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) malam ini bagi mendapatkan jaminan bahawa Fed akan meneruskan pendekatan menaikkan kadar faedah secara berperingkat-peringkat," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata dalam negara, indeks pengguna bagi Jun akan dipantau rapat susulan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan mulai 1 Jun lalu.

"Secara keseluruhannya, FBM KLCI masih berada dalam keadaan terlebih jual dengan tahap rintangan pada sekitar 1748.79 mata manakala jualan bersih oleh pelabur asing semakin berkurangan baru-baru ini, yang menunjukkan keadaan itu akan berakhir.

"Jadi kita boleh menjangkakan FBM KLCI akan beransur-ansur bertambah baik dalam jangka masa terdekat," katanya.

Di bursa serantau, Straits Times Singapura naik 0.22 peratus kepada 3,239.92, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 1.25 peratus kepada 28,181.68 manakala Indeks Komposit SSE China susut 0.57 peratus kepada 2,798.13.

Di Bursa Malaysia, pasaran positif secara menyeluruh, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 473 berbanding 376, manakala 409 kaunter tidak berubah, 650 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.33 bilion unit bernilai RM2.14 bilion berbanding 2.04 bilion unit bernilai RM1.99 bilion yang dicatatkan pada Isnin.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing menambah satu sen kepada RM9.58 dan RM5.67, Public Bank meningkat 58 sen kepada RM23.60 manakala CIMB susut enam sen kepada RM5.66 dan Tenaga meningkat 14 sen kepada RM14.78.

Antara saham aktif, MyEG, APFT dan YTL masing-masing kekal pada ata-rata RM1.01, tiga sen dan RM1.32 manakala MRCB dan Sapura Energy masing-masing naik satu sen kepada 69.5 sen dan 59.5 sen, dengan Vivovom dan Nova MSC merosot satu sen kepada 5.5 sen dan 18 sen.

Public Bank mengetuai senarai saham paling untung hari ini, meningkat 58 sen kepada RM23.60, manakala Ihsan Sukuk mencatat penurunan terbesar, merosot RM1.00 kepada RM95.50.

Indeks FBM Emas menokok 58.12 mata kepada 12,259.96, FBM70 naik 19.43 mata kepada 14,956.81, Indeks FBMT100 meningkat 59.22 mata kepada 12,062.88, Indeks FBM Emas Shariah menambah 58.12 mata kepada 12,259.96, namun Indeks FBM Ace merosot 40.84 mata kepada 5,336.66 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia small Cap susut 27.31 mata kepada 14,148.54.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 94.7 mata kepada 17,134.01, Indeks Perusahaan menambah 10.76 mata kepada 3,199.73, namun Indeks Perladangan susut 71.86 mata kepada 7,447.5.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.47 bilion saham bernilai RM1.9 bilion, berbanding 1.20 bilion saham bernilai RM1.76 bilion yang dicatatkan pada Isnin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 505.99 juta unit bernilai RM152.91 juta, berbanding 574.51 juta unit bernilai RM177.2 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 350.17 juta saham bernilai RM85.23 juta, berbanding 262.85 juta saham bernilai RM44.49 juta yang dicatatkan semalam.

Barangan pengguna menyumbang 62.3 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (172.83 juta), pembinaan (114.61 juta), perdagangan dan perkhidmatan (128.59 juta), teknologi (44.01 juta), infrastruktur (11.27 juta), SPAC (1.58 juta ), kewangan (34.39 juta), hotel (6.58 juta), hartanah (195.39 juta), perladangan (19.36 juta), perlombongan (31,700), REIT (9.46 juta) dan dana tertutup (4,000). - BERNAMA

Berita Harian X