Selasa, 17 Julai 2018 | 9:02am

Saham Asia dibuka rendah

TOKYO: Saham Asia dibuka rendah hari ini dipengaruhi oleh kejatuhan mendadak dalam harga minyak mentah berikutan aktiviti di pelabuhan Libya yang kembali dibuka.

Selain itu, dolar juga menyusut menjelang testimoni kongres pertama oleh Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.

Prestasi semalamam di Wall Street menyaksikan indeks Dow Jones menokok 0.2 peratus tetapi S&P 500 susut 0.1 peratus berikutan saham tenaga menyusut disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah.

Indeks meluas saham Asia Pasifik di luar Jepun, MSCI susut 0.1 peratus selepas meraih keuntungan dalam dua sesi berturut-turut sebelum ini.

"Minyak mentah meningkat dengan stabil, jadi beberapa pertukaran akan berlaku. Dari konteks ini, impak ke atas ekonomi meluas, inflasi dan pasaran saham seharusnya menjadi terhad," kata Ahli Ekonomi Kanan di Daiwa SB Investments Tokyo, Soichiro Monji.

Harga minyak mentah susut lebih daripada empat peratus semalam dengan niaga hadapan Brent mencecah paras terendahnya dalam tempoh tiga bulan iaitu AS$71.52 setong.

Ia berikutan pelabuhan Libya yang kembali dibuka dan pedagang memantau potensi peningkatan bekalan oleh Rusia dan pengeluar lain. -Reuters

Berita Harian X