Isnin, 16 Julai 2018 | 2:29pm

Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, selari prestasi bursa serantau ekoran aktiviti pengambilan untung.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.28 mata kepada 1,718.65 berbanding 1,721.93 pada penutupan Jumaat.

Indeks bergerak antara 1,725.05 dan 1,717.17 di sepanjang dagangan pagi selepas dibuka 0.72 mata lebih tinggi pada 1,722.65, dengan pelabur bertumpu kepada saham wajaran tinggi, terutama saham berkaitan pengguna.

Heineken muncul kaunter paling rugi, merosot 28 sen kepada RM23.00 dengan 10,700 saham bertukar tangan.

Seorang peniaga berkata ekuiti Asia menunjukkan pergerakan tidak konsisten, apabila pelabur memanfaatkan prestasi positif minggu lepas.

Straits Times Singapura merosot 0.84 peratus kepada 3,232.84, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.17 peratus kepada 28,477.73, dan Indeks Komposit SSE China susut 0.47 peratus kepada 2,817.76.

Di Bursa Malaysia, kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 384 berbanding 314, manakala 369 kaunter tidak berubah, 840 tidak diniagakan dan 17 yang laind igantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.11 bilion unit bernilai RM681.35 juta.

Bagi kaunter wajaran tinggi, Maybank menokok empat sen kepada RM9.55, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM8.64, Maxis menambah tiga sen kepada RM5.47, namun Tenaga susut dua sen kepada RM14.62 dan CIMB turun tujuh sen kepada RM5.65.

Antara kaunter aktif, My EG menokok lima sen kepada 95.5 sen, Vivocom menambah satu sen kepada 6.5 sen, manakala Sino Hua-An tidak berubah pada 31.5 sen.

Indeks FBM Emas merosot 5.54 mata kepada 12,140.67 dan Indeks FBMT100 susut 5.93 mata kepada 11,942.1. FBM70 bagaimanapun meningkat 55.49 mata kepada 14,839.12.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 1.3 mata kepada 12,240.06 dan Indeks FBM Ace meningkat 18.89 mata kepada 5,370.23.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 45.04 mata kepada 16,989.34, Indeks Perusahaan turun 8.6 mata kepada 3,170.96 manakala Indeks Perladangan turun 19.55 mata kepada 7,492.99. - BERNAMA

Berita Harian X