Jumaat, 29 Jun 2018 | 7:22pm
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini. - Foto Ramdzan Masiam
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini. - Foto Ramdzan Masiam

Ringgit ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, sejajar dengan kenaikan di kebanyakan mata wang Asia.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.0380/0410 berbanding dolar AS berbanding 4.0400/0450 semalam.

Peniaga berkata, pelabur beralih minat kepada mata wang serantau menjelang pengumuman data pekerjaan AS minggu depan.

"Kami melihat aktiviti pengambilan untung pada dolar AS, yang mana ia membantu memulihkan asas ringgit," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang, kecuali berbanding yen yang mana ia meningkat kepada 3.6487/6524 daripada 3.6651/6703 semalam.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9624/9650 daripada 2.9552/9593, susut berbanding pound British kepada 5.3092/3147 daripada 5.2940/3010 dan rendah berbanding euro pada 4.7043/7082 daripada 4.6763/6833 pada Khamis.

-- BERNAMA

Berita Harian X