Jumaat, 29 Jun 2018 | 10:15am

Saham Asia hampiri paras rendah dalam sembilan bulan

SHANGHAI: Pasaran saham Asia semakin menghampiri paras terendah dalam sembilan bulan pada dagangan hari ini walaupun Wall Street mencatatkan keuntungan semalam.

Kebimbangan yang berterusan terhadap pergerakan perdagangan global turut melemahkan sentimen, walaupun langkah untuk mengurangkan kekangan pelaburan asing di China dapat meningkatkan pasaran di sana.

Indeks MSCI kekal tidak berubah manakala pasaran saham Australia adalah 0.1 peratus lebih tinggi, sementara indeks saham Nikkei Jepun turun 0.2 peratus.

Wall Street mencatatkan keuntungan kecil pada Khamis, dibantu oleh saham kewangan dan teknologi, tetapi sentimen pasaran yang lebih meluas masih lemah akibat kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan yang didorong Amerika Syarikat (AS).

Indeks Dow Jones Industrial naik 98.46 mata atau 0.41 peratus kepada 24,216.05, S&P 500 melonjak 16.68 mata atau 0.62 peratus kepada 2,716.31 dan Nasdaq Composite meningkat 58.60 mata atau 0.79 peratus kepada 7,503.68.

Pada petang Khamis lalu, China mengeluarkan kenyataan mengenai pelonggaran jangka panjang terhadap pelaburan asing di beberapa sektor termasuk perbankan, kereta, industri berat dan pertanian, memandangkan ia bergerak untuk membuka pasaran domestiknya.

Harga minyak mentah dunia pula mencatatkan paras rendahnya sejak tiga setengah tahun pada Khamis disebabkan kebimbangan sekatan AS boleh mengurangkan eksport kasar dari Iran.

Komoditi itu juga dilanda kebimbangan bekalan disebabkan kejatuhan stok minyak mentah AS dan gangguan pengeluaran di Kanada selepas Syncrude kemudahan minyak pasir Kanada di daerah Alberta mengalami gangguan kuasa.

Minyak mentah AS merosot 0.1 kepada AS$73.38 setong. Minyak mentah Brent juga turun 0.1 peratus pada AS$77.79 setong.

Emas juga terus mendekati paras terendah dalam enam bulan, disebabkan kebimbangan perdagangan, jangkaan kadar faedah dan dolar yang kukuh.

Pada Jumaat, spot emas diperdagangkan sedikit lebih tinggi pada AS$1248.56 setiap auns. -Reuters

Berita Harian X