Khamis, 28 Jun 2018 | 10:09am

Harga minyak mentah AS susut

SINGAPURA: Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut berikutan pasaran fizikal kekal dengan bekalan yang cukup walaupun mendapat permintaan yang tinggi dan gangguan yang sedang berlaku.

Niaga hadapan minyak mentah AS. West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$72.55 setong, susut 21 cents, atau 0.3 peratus daripada penutup akhirnya.

WTI mencecah paras tertingginya sejak November 2014 kepada AS$73.06 setong dalam sesi terdahulu.

Niaga hadapan Brent pula berada pada AS$77.63 setong, secara mayanya tidak berubah daripada penutup akhirnya dan masih di bawah paras tinggi yang dicatatkan pada Mei.

Harga minyak telah rali pada tahun ini berikutan keadaan pasaran yang ketat disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan pengurangan bekalan sukarela yang diketuai oleh pengeluar minyak mentah dari anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Gangguang bekalan yang tidak dirancang dari Kanada hinggalah ke Libya dan Venezuela juga menambah kepada pengurangan bekalan berkenaan.

Walaupun pertumbuhan hasil adalah perlahan, pengeluaran minyak di AS menghampiri mendekati 11 juta tong sehari. -Reuters

Berita Harian X