Khamis, 7 Jun 2018 | 12:46pm

Saham Asia tertinggi dua setengah bulan

TOKYO: Saham Asia menokok ke paras tertinggi dua setengah bulan hari ini, disokong asas ekonomi kukuh, manakala jangkaan Bank Pusat Eropah (ECB) akan menamatkan aktiviti rangsangan melonjakkan euro dan pulangan bon global.

Indeks meluas MSCI yang menjejaki saham Asia Pasifik di luar Jepun menokok 0.4 peratus untuk melanjutkan kenaikannya, mencecah tertinggi dua setengah bulan untuk hari kedua berturut-turut.

Di Jepun, indeks Nikkei menokok 0.8 peratus.

Antara yang mencatat kenaikan termasuk saham teknologi Taiwan, yang mana indeks utama Taiwan menghampiri paras tertinggi 27 tahun 11,270 yang di cecah pada 23 Januari.

Indeks itu meningkat 4.25 peratus sejak Rabu, dipacu kenaikan dalam saham teknologi dan Nasdaq.

Sementara itu, euro berada hampir paras tertinggi dua minggu manakala penanda aras bon 10-tahun Jerman mencecah tertinggi dua minggu pada 0.486 peratus.

Ini meyakinkan lagi bahawa ECB akan mengumumkan seawal minggu depan berhubung penamatan program rangsangan menjelang hujung tahun ini.

Pulangan bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10-tahun mencecah paras puncak satu setengah minggu pada 2.985 peratus. - Reuters

Berita Harian X