Jumaat, 20 April 2018 | 7:05pm

Saham KL ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan tekanan jualan berterusan di seluruh pasaran selepas merekodkan prestasi tertinggi semalam, disebabkan peningkatan hasil nota Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 2.9 peratus.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,887.75, turun 7.43 mata daripada 1,895.18 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 0.37 mata lebih tinggi kepada 1,895.55 dan bergerak antara 1,883.82 dan 1,896.03 sepanjang hari ini.

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata paras tertinggi yang dicatatkan pada Khamis membuktikan wujud aliran masuk dana asing semalam.

Bagaimanapun, sentimen menjadi suram hari ini memandangkan bil Perbendaharaan 10 tahun AS mencecah paras penting, yang menunjukkan pengukuhan ekonomi negara maju itu dan ia dijangka membawa kepada kenaikan kadar faedah.

"Sentimen ini juga menjejaskan semua pasaran ekuiti Asia, dan susulan prestasi meningkat pada awal sesi hari ini, pelabur juga merasakan sudah sampainya untuk pengambilan untung," katanya.

Sentimen pasaran yang lebih luas adalah negatif dengan 668 kaunter rugi dan 272 kaunter untung, manakala 357 kaunter diniagakan tidak berubah, 619 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.44 bilion unit bernilai RM2.16 bilion daripada 2.52 bilion unit bernilai​​​​​​​ RM2.69 bilion semalam.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menokok empat sen kepada RM10.72 dan Public Bank turun​​​​​​​ empat sen kepada RM24.20.

Tenaga susut lapan sen kepada RM15.92 dan CIMB kurang satu sen kepada RM7.30. PChem tidak berubah pada RM8.48.

Bagi saham rugi, Allianz turun 70 sen kepada RM11.00, HEIM berkurangan 68 sen kepada RM20.90, HengYuan susut 47 sen kepada RM8.32, GTronic menguncup 31 sen kepada RM4.07 dan Nestle turun 30 sen kepada RM148.00.

SapNRG, saham yang paling aktif diniagakan, turun 3.5 sen kepada 75.5 sen dan PUC kurang setengah sen kepada 26 sen.

Nexgram naik setengah sen kepada tujuh sen.

DBE dan BornOil masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan lapan sen.

Indeks FBM Emas turun 67.41 mata kepada 13,168.54 dan Indeks FBMT 100 susut 62.58 mata kepada​​​​​​​ 123,976.02.

Indeks FBM Emas Syariah kurang 81.16 mata kepada 13,350.07, FBM 70 merosot 114.93 mata kepada​​​​​​​ 15,617.03 dan FBM Ace susut 43.90 mata kepada 5,444.12.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan kurang 32.10 mata kepada 18,487.84, Indeks Perusahaan turun satu mata kepada 3,284.70 dan Indeks Perladangan jatuh 50.51 mata kepada 7,993.89.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.52 bilion saham bernilai RM1.99 bilion daripada 1.66 bilion saham bernilai RM2.52 bilion yang dicatatkan semalam.

Jumlah dagangan waran susut kepada 536.80 juta unit bernilai RM114.83 juta daripada 551.59 juta unit bernilai RM108.21 juta semalam.

Pasaran ACE mencatatkan jumlah dagangan sebanyak 365.4 juta saham bernilai RM57.02 juta​​​​​​​ berbanding 304.77 juta saham bernilai RM57.29 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang 196.39 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (368.41 juta), pembinaan (82.09 juta), perdagangan dan perkhidmatan (669.79 juta), teknologi​​​​​​​ (60.48 juta), Infrastruktur (22.06 juta), SPAC (2.68 juta), kewangan (45.51 juta), hotel (7.31 juta), hartanah​​​​​​​ (36.59 juta), perladangan (24.27 juta), perlombongan (44,200), REIT (7.44 juta) dan dana tertutup (5,000).

-BERNAMA

Berita Harian X