Selasa, 10 April 2018 | 10:02am

Harga minyak mentah susut

SINGAPURA: Harga minyak mentah susut pada Selasa selepas mencatatkan keuntungan kukuh pada sesi sebelum ini berikutan harapan bahawa pertikaian dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dapat diselesaikan.

Walaupun kebimbangan dagangan semakin reda, pasaran market masih berhadapan dengan jumlah bekalan yang tinggi yang meletakkan tekanan kepada pengeluar untuk mengekalkan harga yang kompetitif.

Niaga hadapan WTI berada pada AS$63.26 setong, susut 16 cents, atau 0.3 peratus daripada penutup sebelumnya.

Minyak mentah Brent pula berada pada AS$68.52 setong, susut 13 cents atau 0.2 peratus.

Penurunan itu berlaku selepas rali lebih daripada dua peratus semalam dalam dagangan Eropah dan AS.

"Harga minyak meningkat dengan mendadak semalam berikutan nilai dolar yang lemah dan kebimbangan mengenai perang dagangan yang semakin reda," kata bank ANZ.

"Laporan bahawa ada rundingan sokongan mengenai pertikaian antara AS dan China itu juga memberi kelegaan kepada pelabur," tambahnya. -REUTERS

Berita Harian X