Rabu, 28 March 2018 | 6:12pm
HARGA minyak susut hari ini, dengan Brent jatuh di bawah AS$70 setong. - Foto hiasan

Harga minyak susut, Brent bawah AS$70 setong

SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini, dengan Brent jatuh di bawah AS$70 setong dan West Texas Intermediate (WTI) merosot di bawah AS$65, didorong oleh laporan peningkatan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan ramai peniaga.

Niaga hadapan minyak mentah WTI AS pada AS$64.72 setong pada 0700 GMT, jatuh 53 cents, atau 0.8 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan Brent pada AS$69.69 setong, susut 42 cents, atau 0.6 peratus.

Peniaga berkata, kemerosotan itu berlaku selepas Institut Petroleum Amerika (API) hari ini melaporkan peningkatan simpanan minyak mentah yang mendadak sehingga 5.3 juta tong pada minggu ini sehingga 23 Mac, kepada 430.6 juta tong.

"Niaga hadapan minyak mentah diniagakan lebih rendah susulan daripada peningkatan berkenaan, mengikut data API," kata Pengarah Perundingan Tenaga Trifecta, Sukrit Vijayakar, dalam notanya.

Data inventori AS dikeluarkan secara rasmi oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), lewat petang ini.

Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidikan di Dutch Bank ING di Asia memberitahu Reuters di Forum Pasaran Global semalam, akan ada lebih banyak bekalan dari AS, yang mana akan meningkatkan harga minyak.

Pengeluaran minyak AS kini melonjak hampir suku sejak pertengahan 2016 kepada

10.4 juta tong sehari (bpd), melebihi pengeksport utama, Arab Saudi dan pengeluar terbesar Russia yang mana mengeluarkan sekitar 11 juta bpd.

-REUTERS

Berita Harian X