Rabu, 28 March 2018 | 10:21am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dipengaruhi oleh prestasi lemah semalaman di pasaran Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.75 mata kepada 1,855.70 daripada paras penutup 1,862.45 pada Selasa.

Indeks utama dibuka rendah turun 3.92 mata kepada 1,858.53.

Suasana pasaran negatif dengan 190 kaunter rugi mengatasi 62 kaunter untung, dengan 156 kaunter tidak berubah, 1,503 tidak diniagakan dan 65 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 88.36 juta unit bernilai RM29.29 juta.

Public Investment Bank Bhd berkata saham AS ditutup rendah apabila penurunan saham utama dalam sektor teknologi menyebabkan indeks jatuh.

Indeks komposit Nasdaq turun 2.9 peratus apabila saham Apple dan Amazon jatuh. S&P 500 susut 1.7 peratus dengan saham teknologi jatuh 3.5 peratus dan mencatatkan hari terburuknya sejak 8 Februari.

Dow Jones Industrial Average ditutup 344.89 mata lebih rendah dan memasuki semula fasa pembetulan dengan Microsoft sebagai saham yang mencatatkan prestasi terburuk dalam indeks itu.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd berkata prospek teknikal bagi Bursa Malaysia kekal lemah dengan petunjuk tidak menunjukkan petanda kukuh potensi bulis.

"Kami menjangkakan FBM KLCI kekal tidak menentu dalam tempoh jangka pendek apabila pasaran global terus memantau perkembangan perbincangan perdagangan.

"Pelabur dijangka kekal berhati-hati dalam keadaan pasaran tidak menentu dan menunggu indeks melepasi paras 1,880, yang mana ia dijangka menuju ke arah paras 1,910. Sebarang kecenderungan menurun akan menyaksikan indeks berada pada paras 1,840 dan 1,800," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank setiap satu turun empat sen masing-masing kepada RM10.48 dan RM23.94, Tenaga dan Petronas Chemicals tidak berubah setiap satu masing-masing kepada RM15.72 dan RM8.28 dan Tenaga susut tiga sen kepada RM7.09.

Dalam kalangan kaunter cergas, Sapura Energy dan Vivocom setiap satu tidak berubah masing-masing pada 54.5 sen dan 2.5 sen, manakala Globaltech susut setengah sen kepada 4.5 sen.

Dalam kalangan kaunter rugi utama, Nestle turun 70 sen kepada RM149.00, Hengyuan susut 13 sen kepada RM7.78 dan Carlsberg jatuh 12 sen kepada RM18.80.

Indeks FBM Emas turun 42.72 mata kepada 13,007.40, Indeks FBMT 100 susut 41.48 mata kepada 12,795.14 dan FBM 70 berkurangan 33.07 mata kepada 15,534.55.

Indeks FBM Emas Shariah jatuh 29.94 mata kepada 13,183.55 dan FBM Ace naik 10.36 mata kepada 6,344.69.

Mengikut sektor, Indeks kewangan turun 70.18 mata kepada 18,111.27 dan Indeks Perladangan susut 33.46 mata kepada 8,005.93 dan Indeks Perusahaan berkurangan 7.80 mata kepada 3,220.14.

-- BERNAMA

Berita Harian X