Selasa, 20 March 2018 | 10:00am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, susulan pelabur menunggu mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) selama dua hari pada minggu ini.

Pada jam 9.22 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,847.19, susut 0.75 mata daripada 1,847.94 semasa ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 2.45 mata lebih rendah pada 1.845.49.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 270 berbanding 104, manakala 220 tidak berubah, 1,299 tidak diniagakan dan 23 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 218.26 juta saham bernilai RM90.78 juta.

-BERNAMA

Berita Harian X